Pegawai dan Tugas-Tugas Pegawai Parti_Pribumi_Bersatu_Malaysia

  1. Pegawai-pegawai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ialah :
    1. Pengerusi
    2. Presiden
    3. Timbalan Presiden
    4. 5 orang Naib Presiden Ketua termasuk Srikandi dan Ketua Armada
    5. Setiausaha Agung
    6. Bendahari Agung
    7. Ketua Penerangan
  2. Tugas-tugas Pengerusi :
    1. Menjadi Pengerusi parti yang bertanggungjawab menjamin kelicinan keseluruhanperjalanan pentadbiran dan dasar parti.
    2. Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi.
  3. Tugas-tugas Presiden :
    1. Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden.
    2. Mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi semasa ketiadaan Pengerusi.
    3. Melantik Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi selepas berunding dengan Pengerusi menurut Fasal 13.2.9 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
    4. Melantik Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan Ketua Penerangan selepas berunding dengan Pengerusi menurut Fasal 13.7 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
    5. Melantik Ketua dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri selepas berunding dengan Pengerusi menurut Fasal 16.2 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
  4. Tugas-Tugas Timbalan Presiden :
    1. Membantu tugas-tugas Presiden.
    2. Mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi dan Majlis Presiden semasa ketiadaan Pengerusi dan Presiden.
  5. Tugas-tugas Naib-Naib Presiden :
    1. Membantu tugas-tugas Presiden.
    2. Mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi dan Majlis Presiden semasa ketiadaan Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden.
  6. Tugas-tugas Setiausaha Agung :
    1. Bertanggungjawab kepada Presiden.
    2. Mengelola mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi, Majlis Presiden dan Perhimpunan Agung dan memastikan kesempurnaannya.
    3. Mengelola pentadbiran ibu pejabat parti.
    4. Menyediakan Penyata Tahunan untuk dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi dan Perhimpunan Agung.
  7. Tugas-tugas Bendahari Agung :
    1. Bertanggungjawab mengurus hal ehwal kewangan parti dengan telus dan berintegriti.
    2. Menyediakan Penyata Kira-Kira Kewangan untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik oleh Perhimpunan Agung dan membentangkan penyata yang telah disahkan oleh Pemeriksa Kira-Kira kepada Majlis Pimpinan Tertinggi dan Perhimpunan Agung.
    3. Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi.
  8. Tugas-tugas Ketua Penerangan :
    1. Bertanggungjawab melaksanakan program-program penerangan parti dan melaporkannya kepada Majlis Pimpinan Tertinggi.

Rujukan

WikiPedia: Parti_Pribumi_Bersatu_Malaysia http://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin... http://www.astroawani.com/berita-politik/ros-akan-... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://www.bharian.com.my/node/181438 http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/... http://www.sinarharian.com.my/politik/muhyiddin-mu... http://www.themalaysiantimes.com.my/ros-ppbm-dibub... http://www.pribumibersatu.org.my https://www.facebook.com/pribumibersatuofficial/ https://www.facebook.com/pribumibersatuofficial/vi...